JAGALAH HATI
Tuesday, August 09, 2016Kita hidup ni tak tau nak lama mana , jangan ingat kita muda kita takkan jatuh sakit. Dari kita sibuk melayan perasaan yang iri hati dengan kebahagiaan dan kejayaan orang lain baiklah kita doakan terbaik untuk mereka dan dalam masa sama yang elok ambil sebagai panduan hidup kita.
Rasanya dah cukup matang dah masing-masing untuk elak mengata cerca hal orang lain tambah-tambah bila orang yang dikata tu langsung tak kacau hidup kita pun.
Beringat-ingat dalam mengata hal orang takut esok lusa orang yang kita bersungguh mengata tu lah yang bantu waktu kita dalam kesulitan , yang ziarah waktu kita sakit dan yang sedekahkan yassin bila kita meninggal nanti.
Kita semua pendosa , tak tau amalan mana yang nak tolong kita. Mula dengan yang paling mudah iaitu hati , sentiasa berdoa semoga Allah lapangkan hati kita and we pray for others too. Simple kan ?

0 comments